Friday, November 23, 2012

Kerja Kahwin - 25 Dec 2010

Saya memang meminati kerja-kerja kraf ini sejak kecil lagi. So.. as for my wedding saya berangan untuk buat sendiri segala macam mak nenek. Meh saya tunjuk apa hasilnya..




The Brown Paper Bag

Ni semua hasil kerahan tenaga mak dan adik saya Najijah.oh tak lupa juga Suhana. Masa zaman saya kahwin brown paper bag ni baru lagi..so macam-macam reaksi saya terima. Ramai yang suka dan ada juga yg..errrr.. biarlah..kita tak boleh memuaskan hati semua orang kan? Saya buat kira-kira 1500 bag... kos utk 1 bag ni dalam 10sen kot..Jimat $$ kan? Dah memang dasar QS..semua nak jimat.



Kad Kahwin Comel

Ha..this one pun saya design sendiri. Masa zaman ni jugak memang payah nak jumpa kad kahwin murah yang ok. So saya cari gambar kat internet dan tepek je tulisan tu. Pastu saya hantar printing kat seorang kawan. Kos? 35sen je..sampul surat dia pun unik.. puas hati la. Lagi pun masa ni tak ramai orang buat kad kahwin comel macam ni. Semua sibuk nak buat kad kahwin tebal la bagai tu. Pada saya semua tu membazir. Orang buang je pun lepas tu.



Autograph Board

Ni pun buat sendiri. Cedok idea dari seorang kawan. Stand pun pinjam dia punya je. hehe.



Bunga Stokin

Bunga stokin ni pun bikin sendiri jugak. Dah start buat sebelum ada apa-apa confirmation lagi. Huhu.. Kos? Dalam RM1.00 je.Ni kalau jual kat kedai RM4-5 gak setangkai.



Bilik Pengantin

Oleh kerana sifat berjimat (ke kedekut ek??..) menebal di dada.. Aku decide buat bilik pengantin simple je. Ala-ala Eric Leong gitu. No such kerawang kerawang..scallop bagai. Tak kisah la orang nak kata apa. Janji saya suka..mak saya suka.. adik-adik saya suka. Kos? Entah la.. beli cadar cotton putih yang RM180 kot..langsir..sarung bantal..bed runner semua jahit sendiri yer.



Pelamin Mini Nikah

Pelamin pun makcik buat sendiri noks. dengan bantuan adik-adik & ayah. Sepatutnye bantal atas katil tu letak belakang tu..kelam kabut punya pasal terlupa sungguh. Sebenarnya, pelamin ni jugak la guna untuk sanding. Cume tukar tilam nikah dengan kerusi. Nanti saya upload gambar. Btw sarung tilam dan backdrop langsir tu jahit sendiri. Bunga tu satu pasu adik saya Izza gubah, lagi satu saya.



Kek kahwin 5 tier yang comel!

Yang ni aku tak buat. Tak pernah terlintas nak potong kek tinggi-tinggi ni. Ni adalah hasil sponsor kawan-kawan kelas 5AS masa sekolah teknik dan dihasilkan oleh Norzailiana aka kak tap. Serius comel patung tu kan? Terima Kasih kengkawan!



Hantaran Bunga Stokin - to encek somi


Hantaran Bunga Artificial - Purple
Hantaran Bunga stokin - Putih Merah



Hantaran Bunga Artificial - Purple untuk aku dari aku..hehe
Mas kahwin dan rantai tangan untuk nikah - Pink

Hantaran of course la buat sendiri dengan dibantu oleh adik saya cik Izza tu. Almaklumlah 2 bulan sebelum kahwin teramatlah sibuk. Hari-hari balik lewat. Stay back sebab ada tender. Tak dapatlah nak buat yang gempak-gempak. Buat last minute..So banyaklah angan-angan yang tak tercapai diakalku.

So for those yang nak kahwin. Ukur baju badan sendiri. Elakkan berhutang yer! Tak payah fikir apa orang kata dan tak payah ikut orang. Tapi kalo gedik nak yang cantik-cantik tapi tak da duit jadilah macam saya. DIY! hehe





Thursday, November 15, 2012

UNIVERSAL GYRO BOWL MURAH


Gyro Bowl Murah!!

Hurry..Limited stock!
Hanya RM10 (exclude shipping)

a brilliant and smart idea - 360 degree rotating bowl.. suitable to train your baby to eat because the inner bowl will always maintain the opening accordingly to shake up the balance and to avoid the food from spill out

Material:
*Cover:Food Grade PE
*Bowl +Body Part:Food Grade PP

Dimension: 17*17*7.5cm
Bowl Diameter: 9cm

Call me Now! (nani - 019-5593135)

COD :
1)Wangsa Maju/Batu Caves
2)Kangar & Seri Iskandar (Please call first to confirm)

Shipping rate - RM7.00 for Semenanjung (pos laju)